Lembaran Baru untuk blog ini…
Hamba menutup pinti blog tapakyoi…kerana hamba sedang berfikit untuk membuka pintu blog yang baru.
Blog ini kembali dengan tajuk “ILMU GAYONG…TERUS DICARI HAK HAKIKI”
Blog ini akan memaparkan segala maklumat terkini tentang perkembangan beladiri silat gayong, dan hamba akan memaparkan apa-apa yang terbaru berkenaan dengan perkembangan gayong terutamnya di Negeri Perak untuk tatapan rakan-rakan.
Maklumat terbaru rentetan dari perbincangan hamba bersama Cikgu Man, Cikgu Faizal dan anak-anak gayong UPSI dan Politeknik Tanjung Malim yang lain, ini adalah perkara yang terdekat akan berlaku untuk kebaikan kita bersama:
- Mesyuarat Panel Penguji PSSGM bagi Daerah Batang Padang
- Kursus Pelajaran Tahap Tinggi seperti Cindai peringkat Negeri Perak dan lain-lain
Tempat Mesyuarat Insya Allah hamba tolong usahakan untuk dibuat di Kolej Matrikulasi Perak dengan izin
Perbincangan akan melibatkan Cikgu Azman bersama dengan wakil PSSGM Perak, kemungkinan Mak Ngah dan beberapa AJK PSSGM Perak yang lain.
Insya Allah, sokongan rakan-rakan diperlukan
Hamba hanya menjalankan tugas hamba sahaja …


